![]() | ||||
![]() | ||||
| Forum
Seni Gunaan Asia Pasifik menghubungkan Ahli Ekonomi APEC dengan imej dan maklumat
mengenai seni gunaan (seni dan rekabentuk). Penuntut, fakulti, petukang seni,
perekabentuk profesional juga wakil-wakil dari organisasi kerajaan dan swasta
yang terlibat dengan seni gunaan memberi bantuan dalam proses kerja-kerja pemilihan.
30 contoh seni gunaan dipilih bagi setiap Ahli Ekonomi APEC. Kebanyakan contoh-contoh
yang dipilih pernah mendapat penghargaan dari pihak tempatan dan antarabangsa.
Seni gunaan yang dipilih merupakan hasil keluaran tiga tahun kebelakangan. Objek-objek
yang dipilih adalah pelbagai dari karya-karya seni tradisi buatan tangan hingga
kepada hasil pengeluaran industri. Forum Seni Gunaan Asia pasifik bermula sebaik
saja selepas Persidangan APEC diadakan pada tahun 1998 di Vancouver. Projek 'APAAF'
merupakan projek pendidikan yang bukan berdasarkan keuntungan dikendalikan oleh
penuntut-penuntut dan fakulti Emily Carr Institute of Arts and Designs dalam menyediakan
kemudahan komunikasi di antara petukang seni, perekabentuk, penuntut dan yang
lainnya dari Asia dan Pasifik yang terlibat dengan tradisi, teknologi baru, sustanabiliti
pendidikan dan kehidupan sihat secara global. Dalam Kempen Pelancongan baru-baru ini, Negara Brunei Darussalam digelar sebagai sebuah negara yang mempunyai khazanah luarjangkaan. Kesultanan Brunei yang unik ini terletak di pesisir pantai barat laut kepulauan Borneo di Laut China Selatan dengan penduduk lebih kurang 350,000 ribu, majoriti adalah Bangsa Melayu, China dan puak-puak asli dan sebilangan kecil bangsa-bangsa lain juga merupakan penduduk negara ini. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah adalah sebagai Ketua Negara. | ||||
![]() | ||||